Tuesday, November 11, 2008

TETASAN BERTUKAR KE TETASAN.WORDPRESS.COM

Sunday, September 21, 2008

Jangan dijolok


#sekadar gambar hiasan



Oleh: Yussamir Yusof

@Siti Hasmah Digital Library

22 September 2008/ 1.24 pagi

http://tetaasan.blogspot.com



Roslan, Ah Meng, dan Kirit bertekak sesama sendiri. Tidak tahu mana hujung pangkalnya kenapa mereka bertegang urat. Setahu aku mereka bertiga rakan sejati, bagai urat dan leher.


“Urat dan leher?” Soal Rhine.

“Kenapa, tidak boleh ke menggunakan perkataan tersebut?” Aku menyoal Rhine, wanita berdarah Melayu dan Perancis.



Pagi itu angin semilir menyapa lembut pipiku, serasa seperti belaian tangan ibu yang sudah lama tidak dirasa. Rhine menyela-nyela rambut perangnya. Matanya mengjangkau jauh ke sekitar, aku perhatikan sahaja.



“Kau bukan Melayu!” Rhine memandang aku. Matanya yang tadi meliar ke sana-sini, kini tertancap ke arahku. Kenyataan aku itu sedikit lancang.



Muka Rhine merah, bunga-bunga kemarahan yang mulai membenih di wajahnya jelas kelihatan. “kata-kata kau itu bagaikan ledakan bom yang memecahkan angkasa, engkau tahu!” Rhine bersuara.



“Ah, jangan bersandiwara dengan kata-kata itu Rhine. Engkau bukan Melayu, jadi usah bermain dengan bahasa. Hanya Melayu sahaja yang bisa bermain bahasa. Bahasa Melayu yang kau sebut itu, hak orang Melayu. Hanya Melayu sahaja yang berhak kepadanya.” Aku cuba menyemarakkan api kecil yang mula kelihatan. Peduli apa aku, aku mahu melihat bagaimana reaksinya. Aku mahu melihat bagaimana reaksinya, bila aku menafikan haknya sebagai Melayu. Ya, dia Melayu, tapi aku sengaja.



Roslan, Ah Meng dan Kirit yang tadi bertegang urat mula bersalaman. Sudah berbaik aku rasakan. Ah, persahabatan bagaikan musafir mencari Tuhan. Dalam pencarian pasti akan datang beribu pancaroba yang menggugat keimanan. Namun dalam pancaroba yang dahsyat itu, mereka tidak sekalipun berhenti dan berpatah hati sebagai sahabat.



Rhine masih tegak memaku didepanku. Aku merasa setiap patah perkataanku, bagaikan panahan busur-busur mata dan tikaman lidah keris menderanya.



“Aku Melayu! Aku takkan biarkan engkau menafikan hak aku. Tidak sesekali engkau boleh merampas hak aku. Aku tidak pernah mempersoalkan hak engkau, dan aku juga tidak pernah menyentuh hal yang sudah kita sama-sama akui. Jadi kenapa engkau mulakan?”



Ah! Rhine, begitu keras. Keras dengan pendiriannya. Aku pasti pendiriannya itu benar, dan aku akui. Ah! berapa ramai Melayu sepertinya, keras dan tegas dalam membela hak. Siapa kata aku mahu membangkitkan isu perkauman? Sarang tebuan jika tidak dijolok atau dikacau, tebuan-tebuan itu tidak akan menyerang. Dia tahu haknya, dan dia tahu akan hak orang disekelilingnya.



Usah dikacau, usah diganggu, duduklah diam-diam. Rhine menunggu respon dariku. Aku sekadar senyum. Aku Melayu juga Rhine, aku sekadar menguji. Aku tahu engkau Melayu, Melayu tulen walau engkau dihasilkan dari dua benih yang asing. Engkau Melayu, aku juga Melayu. Aku bicara lagi padamu Rhine, tebuan itu baik. Dia berkerja dengan pantas menghasilkan produknya, dia juga pandai menjaga diri, tapi usahlah engkau mengganggunya. Usahlah engkau menafikannya, pasti engkau akan disengat. Itu pesanku Rhine.



“Jadi aku adalah Melayu?”

“Ya! Engkau Melayu. Perempuan Melayu terakhir Rhine.” Rhine senyum lebar bila aku memujinya. Manis senyumannya, lagi manis jika senyuman itu sentiasa disisi.



Rhine berlalu pergi, dia meninggalkan aku seorang diri dengan buku-buku yang berselerakan di meja. Ah! Rhine engkau istimewa.

Thursday, September 4, 2008

Makcik Salmah dan anak daranya

Oleh: Yussamir Yusof

Cyberjaya

Jumaat/05:09:2008



“Engkau cemburukah melihat mereka sudah menjadi Novelis atau Sasteralis” Mak cik Salmah menyapa saya di beranda surau. Buku Professional Ethics saya terjatuh, terburai isi perutnya. Saya senyum pahit.


“Kenapa cakap macam itu pula? Muka saya nampak bermuram durja ke?” Saya kalih pandangan ke arah anak daranya, senyum-senyum kambing di balik tabir.


“Entah!” Mak cik Salmah berteka-teki. Saya menjengil mata, urat-urat naik hijau.


“Kalau tak tahu apa-apa jangan main serkap jarang.” Saya kalih lagi ke arah tabir. Siti tengah mengunyah, lahap mengisi perutnya dengan nasi beriyani makcik Kelantan.


“Yang kau asyik pandang-pandang sana apa fasal? Nak cari pasal atau saja-saja nak tunjuk fasal.” Leher makcik Salmah pula berurat hijau. Mata mula naik merah, menahan marah.


“Bukan nak cari fasal atau nak main fasal-fasal ini. Kalau Fasa SS 3 mahu cari Fasal saya sendiri turun ke pasar.” Saya seloroh. Makcik Salmah kecoh, keletor sana keletor sini, Siti tergocoh-gocoh.


“Kau belum jawab lagi soalan aku.” Makcik Salmah bangun dari pengsan. Suara terketar-ketar menahan sakit. Hajat dihati mahu jawapan. Saya mengurut-ngurut dada sendiri, mahu mengurut dada Makcik Salmah, Pak karim pandang semacam dari jauh, hajat dibuang jauh-jauh.


“Bukan cemburu, tetapi gembira. Mereka dengan cara dan usaha tersendiri, kemudian rezekinya sudah mula dirasai. Yang belum, masa yang akan menentukan. Ditunggu salah, dibiarkan salah. Kalau janji harus kotakan, namun sampai sekarang janji tinggal janji.” Saya mengeluh sedikit, bukan hampa atau putus asa. Tetapi memikirkan kata yang diikat, dilerai singkat.


Makcik Salmah masih terketar-ketar, mukanya kekuningan pucat. Mahu disenyum terasa berat, mahu dibengis terasa hangat.


“Ada rezeki adalah Yus, tak kemana semua itu. Tengok aku ini, terketar-ketar tetap tegap. Tengok ini.” Tunjuk Makcik Salmah lengannya yang sedikit berotot.


“Aurat itu Makcik Salmah. Apa lah! Kata cikgu Muqadam, mana boleh buat macam itu.”


“Muqadam dengan Quran tak sama ke?” Siti berkerut dahi, semacam mencari jawapan.


“Tanyalah Mak engkau.” Saya terus berlalu, sambil membetul-betulkan buku Professional Ethics saya yang sedikit terburai. Perut pula terasa boroi!

Sunday, August 10, 2008

Antara Hikayat dan Hakikat


Oleh: Yussamir Yusof
Johor Bahru/ Damansara Alif
9-10 Ogos



Sepatutnya saya bersama dengan krew-krew konvo berada di MMU sejak dari hari Khamis hingga hari Isnin, tapi disebabkan saya mempunyai hal mustahak yang harus diselesaikannya, saya ke Johor Bahru hari Jumaat pagi. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam menaiki kereta benar-benar memenatkan. Untung bukan saya yang memandunya, terima kasih Ayah.


Sampai sahaja di JB, kami terus ke rumah dan bersiap-siap untuk ke rumah saudara di Taman Mount Austin. Majlis perkahwinan sebenarnya membawa saya dan ibubapa saya ke JB, kerana selalunya ibubapa saya lebih senang berada di Negeri Sembilan dari berada di JB. Rumah yang ada di JB ini dijadikan tempat kedua, untuk ibubapa saya berehat, ataupun saya jika pulang ke JB untuk menjenguk adik-beradik saya dan cucunya(walau sebenarnya saya tidak suka berada dirumah tersebut, kerana jauh dari rumah kawan-kawan saya. Selalunya lebih enak dan selesa berada di rumah abang sulung saya).



Hari jumaat tidak banyak yang boleh diceritakan, kerana saya sendiri tidak berbuat apa-apa. Rungsing memikirkan peperiksaan pertengahan semester yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Keesokkannya, kami terus ke majlis perkahwinan Rosman dan Dina, dua orang kawan sepermainan saya semasa kecil. Semasa saya menetap di Johor Bahru, keluarga saya, keluarga Rosman dan keluarga Dina adalah jiran. Kami telah mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun dahulu, dan tiga keluarga ini sudah dianggap sebagai saudara sendiri. Keluaga Dina berasal dari Singapura, dan menetap di JB sudah lebih dari 20 tahun. Banyak cerita dan sejarah berlaku antara 3 keluarga ini. Antaranya, sepatutnya kakak saya berkahwin dengan anak sulung keluarga Cik Yah Rashid, merangkap abang sulung kepada Dina. Tapi jodoh tidak ada, mereka putus tunang namun hubungan kekeluargaan kami bertiga tetap utuh. Akhirnya, tanpa disangka, keluarga Cik Yah Rashid dan keluarga Cik Nah Fuad berbesan. Alhamdulilah....


Saya sahaja bergurau dengan Cik Yah Rashid, “Cik Yah, kalau ada anak perempuan lagi mesti Cik Yah kahwinkan saya dengan dia kan?”

Dengan pantas dan ceria dia menjawab, “Mesti!” Kami semua ketawa.

“Ala... Mentang-mentanglah Cik Yah dah tiada anak perempuan, bolehlah kau cakap.” Suara sumbang bersuara di belakang. Rupa-rupanya Dino anak kedua Cik Yah. Kami gelak lagi.


Hubungan kekeluargaan kami bertiga amat kuat. Setelah puas berborak dan menunggu kedatangan Along yang lambat datang, kami terus pulang. Esoknya hari Ahad, majlis di pihak lelaki pula akan berlangsung. Selama berada di JB, saya tidak pernah membuka siaran radio selain dari siaran Ria. Entah kenapa, menjadi kesukaan saya untuk membuka siaran dari negara seberang sejak saya sekolah lagi. Dahulu antara slot yang saya suka ialah, slot Pelik tapi Benar.” Sekarang saya rasa tidak ada lagi slot tersebut.

Nissan Fair Lady Z (time aku kahwin pun aku nak naik kereta ini tau..huhuhu)


Jam 1 petang kami berada di majlis pihak lelaki, beramah mesra dan berborak sebentar sementara menunggu pengantin sampai. Kereta Nissan Fair Lady Z bernombor plat ****** berwarna merah berhenti di pintu masuk rumah. Rosman segak dan Dina cantik melangkah keluar dengan lingkaran erat memaut tangan antara satu sama lain. Saya sangat gembira dengan perkahwinan mereka, tidak sangka pun ada. Ya-lah, dahulu main sama-sama, sekarang mereka berdua dah jadi suami isteri. Saya sahaja belum berpasang.


Dina ada call saya, dia kata, “Amacam nak awek singapore juga ke?”

“Macam dah ada lah aku.” Saya membalas.

“Ha? Macam dah ada? Ceh, tak tahu pun.”

“Hahaha.. Mana ada, tapi entahlah memang mahupun, takkan Rosman sahaja boleh dapat, aku tak boleh dapat.” Saya gurau. Kami gelak sakan.

Awek atau Isteri dari Singapura? Em... Malas nak fikir.


Petang itu adik, beriya-iya suruh saya bersilat di depan pengantin. Bukan tidak mahu adik, tapi saya punya silat tidak ada bunga-bunga. Buah sahaja adalah, bunga-bunga tidak ada. Puas adik menarik-narik saya untuk bersilat, tapi maaf saya katakan, saya tidak berupaya untuk bersilat berbunga-bunga di depan pengantin. Usai pengantin dipersembahkan dengan silat, saya dan keluarga terus mengiring penganting masuk ke meja santapan. Kami tidak berlama-lama di situ, setelah selesai pengantin makan dan berada di atas perlamin, kami terus pulang.


Cik Nah sempat bertanya, “Bila bujang ini nak kahwin?”

Saya sepontan menjawab, “9 tahun lagi.”

“Uih! Berbongkoklah Cik Nah baru dapat tengok Shamir kahwin.” Saya sekadar gelak mendengarnya.

“Insya Allah ada jodoh dan rezeki adalah Cik Nah. Cik Nah tak mahu carikan untuk Shamir.” Saya bergurau.

“Eleh, cakap saja, kang bila dah carikan tak mahu pula.” Cik Nah mencebir.


Selepas menyalami satu persatu, saya dan keluarga terus beredar pulang. Perjalanan menuju ke Negeri Sembilan selama 3 jam harus ditempuh semula. Emm..Teringat Markisa, tidak tahu sama ada Markisa harus diteruskan atau Haidar dipadamkan dan meninggalkan Markisa berjalan sendiri dengan plot dan jalan cerita yang berlainan.


Tapi saya bertekad, bahawa cinta Haidar kepada Markisa harus diteruskan walau Markisa mula sukar untuk difahami dan dihubungi. Kerana cinta tidak semestinya diakhiri dengan perkahwinan, tetapi cinta itu akan subur jika Markisa memberi respon kepada Haidar. Entahlah, saya sendiri sukar untuk menaip dan membuat cerpen Haidar dan Markisa dengan lebih menarik lagi selepas ini. Mood saya dan imaginasi tentang hubungan Markisa dan Haidar bergantungan. Bergantayangan di langit seni yang kadang-kadang suram dan kadang terang. Mungkin Markisa harus memberi ideanya sendiri melalui imaginasi saya?


Haidar dan Markisa ini hikayat atau hakikat? Ramai yang tertanya, jawapan saya “Inilah Makrifat yang penulisnya sahaja tahu hakikat.”

Saturday, August 2, 2008


Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
3.25 pagi




Qarbawi, Surbawi, dan Tarbawi memerhati dari jauh. Mereka bertiga mencuba sesuatu melalui hujung lidah. Qarbawi muntah, Surbawi ratah, Tarbawi melatah. Entah kenapa jadi begitu? Sawan kancil ke atau sawan kucing?


“Lah cakap minyak turun.” Qarbawi bersuara selepas mengelap muntahnya. Surbawi gelak kuat, Tarbawi pula terbeliak matanya mendengar kata-kata Qarbawi.

“Ya ke?” Surbawi seakan tidak percaya.

“Ya!” Keras suara Qarbawi.

“Kata Jib, minyak turun ikut harga dunia. Mengikut kata Jib dengan Lah harga minyak tidak akan naik melepasi RM 2.70. Tapi turunnya berapa banyak dia tak cakap pula.” Berbuih-buih mulut Qarbawi.


“Lap mulut itu, dah macam Chik pula engkau ini.” Tarbawi menegur.

“Peribadi jangan serang eyh. Sedap mulut saja kau ini.” Qarbawi bengang. Surbawi menyedut air liurnya, sinis.


“Kejap-kejap, siapa Lah? Siapa Jib?” Tarbawi bingung.

“Lah itu manager pam minyak dekat Rengit. Jib itu pula tukang isi minyak dekat Pekan. Dia orang ini memang peka bab-bab minyak ini. Ya lah, dah kata bergelumang dengan minyak. Mestilah kena tahu semua benda berkait dengan minyak.” Jawab Qarbawi. Surbawi mengangguk, tanda setuju.

“Dah itu, siapa pula chik?” Tarbawi mengaruk-garuk kepala yang tak gatal.

“Engkau ini lembaplah semua tak tahu, Chik itu dj radio. Tapi dia ini suka sangat sentuh peribadi orang kalau tiada idea. Konon nak menghiburkan orang ramai.” Qarbawi dan Surbawi bengang. Kemudian berlalu pergi meninggalkan Tarbawi keseorangan dengan kedunguannya.

Friday, August 1, 2008


Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
1 Ogos 2008



Bahang mentari tengahari itu benar-benar merimaskan. Peluh terus turun mencurah-curah bagai tidak mahu berhenti. Baju kemeja yang dipakai Haidar basah lencun dengan peluhnya. Roslan, Aziz dan Ronald yang dari tadi tidak habis-habis memaki kerana bas yang ditunggu dari tadi belum tiba, mula senyap. Panas yang membakar itu, membuatkan mereka tidak berdaya untuk terus-menerus memaki. Haidar mencuka, tidak selesa dengan tindakan rakan-rakannya itu. Tidak beberapa, bas T429 yang ditunggu telah tiba. Setelah membayar satu ringgit untuk perjalanan dari Universiti ke Putrajaya central, Haidar dan rakan-rakannya terus ke tempat duduk.

“Panas kan hari ini?” Tanya Haidar pada Roslan, Aziz dan Ronald.

Mereka bertiga mengangguk dan menyandarkan badan, bahang mentari meletihkan badan mereka.

“Ini baru sedikit, kita dah bising-bising kan.” Saja Haidar membuka cerita. Dia cuba mencari cara terbaik untuk menasihati rakannya itu. Ronald tersenggih, begitu juga Roslan dan Aziz.

“Tengok itu.” Haidar menunjukkan seorang lelaki tua yang sedang mengayuh basikal. Roslan, Aziz, dan Ronald memandang dengan khusyuk.

“Kenapa dengan pakcik itu?” Soal Roslan.

“Pakcik itu mengayuh basikal mencari rezeki di tengah panas terik. Kita mencari kerja dengan menaiki bas yang berhawa dingin, dan cuma merasa sedikit sahaja kepanasan itu. Tetapi kita terus memaki-maki panas yang dicipta Allah ini. Adakah adil bagi kita dan pakcik tersebut? Mana yang lebih mulia?” Haidar sendiri tidak tahu dari mana frasa-frasa itu diperolehi. Frasa-frasa itu keluar sendiri dari hati nuraninya. Hatinya tidak betah melihat sesuatu yang menyesakkan dirinya. Rakan-rakannya diam membisu, kata-kata makian tadi seperti memaki mereka semula. Ada riak kesedaran dan kekesalan terpapar di muka mereka. Bas yang membawa mereka terus laju bergerak, selaju kekasalan dan kesedaran yang menyapa diri rakan-rakan Haidar.

“Kita terlalu mendewakan ulama hingga kita terlupa dengan Quran dan Sunnah. Lihat sahaja pemikiran umat Islam kini. Mereka terikat dengan ulama mereka, maksud saya apa yang diucapkan oleh ulama mereka, mereka terus ambil mentah. Kemudian menggelarkan ucapan-ucapan ulama mereka ini dengan gelaran ‘pandangan ulama muktbar’. Semuanya mahu muktabar, sehinggakan jika pandangan ulama-ulama ‘muktbar’ mereka ini bertentangan dengan Quran dan Sunnah pun mereka menyetujuinya.” Ahmad Kassim melontarkan ideanya ketika di kuliah subjek Muslim Modern. Dr Mahmod mendengar dengan tenang, kemudian suara garaunya memecah sunyi di dalam dewan kuliah itu. “Ada sesiapa yang nak membantah kenyataan Ahmad?”

Haidar yang dari tadi hanya memerhati dan mendengar dengan teliti perbincangan tadi, mengangkat tangan.

“Saya mahu menambah dan memperbetulkan sedikit ulasan yang dibuat oleh saudara Ahmad.”

“Silakan.” Ujar Dr Mahmod.

“Memang benar, pemikiran umat Islam kini berada dalam lingkungan statik. Upaya pembaharuan dalam sistem pemikiran bagaikan sudah tidak releven untuk dibina. Tetapi untuk menolak ulama dalam setiap sudut adalah satu tindakan kurang bijak. Ya memang benar, hujah-hujah yang dibawa oleh ulama yang bertentangan dengan Quran dan Sunnah harus ditolak. Tetapi pandangan bagaimana yang harus kita tolak dan cara kita mahu menolak sesuatu pandangan itu adalah datangnya dari sudut yang lain. Saya tidak pasti adakah saudara pernah mendengar beberapa hadith dari Rasulullah tentang golongan ulama yang tepercaya ini. Antara hadith masyhur ialah, Ulama itu adalah pewaris Nabi.

Selain daripada itu, sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Bukhari, yang bermaksud, 'Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (agama) dengan serta-merta dari hamba-hamba Nya. Tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama, sehingga Allah tidak meninggalkan orang pandai. Maka, manusia mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpin. Lalu, mereka ditanya, dan mereka memberi fatwa tanpa ilmu. Maka, mereka sesat dan menyesatkan." Sangat jelas dalam hadith ini bahawa Ulama adalah antara faktor penting dalam institusi Islam. Bukan senang-senang kita mahu menolak ulama, terutama ulama yang diiktiraf keilmuannya oleh segolongan pemikir dan ulama dari seluruh ceruk dunia, misalnya al-Imam Yusuf al-Qardhawi. Itu sebab dalam institusi pemikiran Islam ada istilah Muktbar. Bukan senang-senang meletakkan perkataan itu di atas pandangan atau diri seorang ulama. Sebelum itu, baik saya jelaskan apa itu muktbar. Istilah muktbar itu bermaksud terkenal, iaitu sesebuah pandangan yang datangnya dari ulama yang terkenal dengan keilmuan dan kebaikannya. Kemudian keilmuan ulama tersebut diiktirah oleh banyak ulama yang lain. Oleh itu, untuk menolak penggunaan istilah muktabar dan mengambil muktabar ini sebagai keutamaan adalah dibolehkan. Itu sahaja dari saya. Terima kasih.”

Haidar dikejutkan oleh Roslan. Haidar terlelap dalam perjalan yang tidak mengambil masa yang lama itu. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada di hadapan Firma Audit , tempat yang dia akan berkerja selama satu tahun sebagai syarat untuk mendapat ijazah perakaunan.

“Eh, Markisa.” Haidar kehairanan. Wanita yang berada di depannya kini adalah Markisa. Tetapi bagaimana Markisa boleh ada di sini. Kepala Haidar berdenyut-denyut, terasa seperti mahu meletup. Dia berpusing-pusing seketika, kemudian terus rebah. Roslan, Aziz dan Ronald terkejut. “Haidar!” Jerit Markisa.

Wednesday, July 23, 2008

Syair




Dibawah ini sebuah Syair yang bertajuk Hal Indaki Syak. Terima kasih kepada sahabat saya yang berada di Jordan kerana sanggup membantu saya.Jasa anda amat dihargai, kepada sesiapa yang sedang bercinta, maka syair ini seharusnya menjadi santapan untuk anda.Memandangkan blog ini untuk karya-karya sastera maka saya bawakan sebuah karya sastera berbahasa Arab. Hayatilah...o


هل عندك شك أنك أحلى وأغلى امرأة في الدنيا

و أهم امرأة في الدنيا

هل عندك شك أن دخولك في قلبي هو أعظم يوم في التاريخ

وأجمل خبر في الدنيا

هل عندك شك أنك عمري وحياتي

وبأني من عينيك سرقت النار

وقمت بأخطر ثوراتي

ايتها الوردة والريحانة والياقوتة والسلطانة والشعبية والشرعية بين جميع المالكات

يل قمراً يطلع كل مساء من نافذة الكلمات

يا آخرَ وطن اولد فيه وادفن فبه وانشر فيه كتاباتي

غاليتي أنت غاليتي

لا أدري كيف رماني الموج على قدميك

لا أدري مشيتِ إليَّ وكيف مشيتُ إليك

دافئة أنت كليلة حب

من يوم طرقت الباب عليَّ

ابتداء العمر

هل عندك شك

كم صار رقيقا قلبي حين تعالى ما بين يديك

كم كان كبيرا حظ حين أثرت يا عمري عليك

يا ناراً تاج تاه كيان

يا فرحاً يقرد واحزاني

يا جسداً يقطع مثل السيف

ويضرب مثل البركان

يا وجهاً يعجق مثل حقول الوارد

ويبقد نحوي كحصان

قولي

قولي. كيف سألتد نفسي

من أشواقي و أحزاني

قولي.ماذا أفعل فيك

أنا في حالة اتماني

قولي.ما الحل فأشواقي وصمت

بحدود هدايا لي

قاتلتي ترقص هافية قدميك

بمدخل شرياني

من أين أتيت وكيف أتيت

وكيف عصرت بوجداني